Thursday, December 1, 2011

Masukkan anak dalam mesin basuh

0 comments
PARIS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas bapanya memasukkannya ke mesin basuh dan menghidupkan suisnya sebagai hukuman.

Christophe Champenois, 33, dituduh mengikat tubuh kanak-kanak itu, Bastien yang telanjang bulat dan dimasukkan ke mesin basuh di kediaman keluarga terbabit dekat Paris. Champenois dikatakan ingin menghukum kanak-kanak itu selepas dia membuang lukisan rakan sekelasnya ke mangkuk tandas. Ibu Bastien, Charlene, 25, mengeluarkan anak lelakinya dan mendukung tubuh mangsa yang terkulai sebelum berkejar ke rumah jiran sambil memberitahu anak lelakinya itu jatuh tangga.

Pasangan itu tetap mengatakan Bastien mengalami kemalangan dan jatuh tangga.

Bagaimanapun, anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun mendedahkan adik lelakinya dikunci dalam mesin basuh dan ia bukan kali pertama berlaku.

Kadangkala dia dikunci dalam almari pakaian selama dua jam. - Harian Metro

Ibu mati ditembak anak...

0 comments
OHIO (Amerika Syarikat): Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditahan selepas dia memberitahu jiran yang dia sudah menembak ibunya hingga mati.

Deborah McVay, 46, ditemui mati selepas cedera akibat satu das tembakan di kepalanya Ahad lalu di Big Prairie di pertengahan jalan antara Cleveland dan Columbus di Ohio. Menurut polis, anggota paramedik menemui Deborah tertiarap di atas lantai di ruang tamu kediamannya. Dia disahkan mati di tempat kejadian dan dipercayai peluru ditembak daripada pistol .22 kaliber.

Pihak berkuasa bergegas ke kediaman wanita itu selepas seorang jiran menghubungi polis memberitahu anak Deborah menemuinya dan mengatakan dia baru menembak ibunya. Anak lelakinya itu kini ditahan di Pusat Tahanan Juvana Daerah Richland dan akan tampil di mahkamah tengah hari ini.

Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak yang dirahsiakan identitinya itu mempunyai sejarah masalah tingkah laku. - Agensi

Followers

Top News Today

Powered By Blogger

TInggalkan pesanan anda disini...