Friday, October 14, 2011

Mencintai Mu Dalam Diam




Jangan bimbang jika kamu masih belum berpunya..
Allah sedang melihat kamu sekarang dan berkata,
"Aku simpan perempuan ini untuk seseorang yang istimewa"

Kalau kita suka seseorang,
Jangan beritahu dia,
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya..
Tapi luahkanlah pada Allah..
beritahulah Allah..
Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita..

Cinta Dia dalam diam,
Dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan,

Jika benar cinta itu kerana Allah,maka biarkan;ah ia mengalir mengikut saliran Allah kerana pada hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah

"Dan segala sesuatu itu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah"
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih dipeluk mata maka bersabarlah, berdoalah dan berpuasalah

"Dan jangan kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' :32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung tiba,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cinta tak terbalas,
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..

Cukup cinta dalam diam
bukan kerana membenci hadirnyatetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih Syurga-Nya
bukan kerana lemah untuk menghadapinyatetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirnya tidak kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadinya hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin akan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

cukup cintai dalam kesederhanaan
memupuknya hanya akan menambahkan penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan syaitan

cintai dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkan jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
"boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah :216)


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti
kelak ada insan yang bakal dilukai
Jangan menaruh harapan pada yang belum dimiliki
nanti hati yang kecewa sendiri
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi
Kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikan caraNya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Allah
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
Serahkan rasa itu pada \Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

0 comments:

Post a Comment

Followers

Top News Today

Powered By Blogger

TInggalkan pesanan anda disini...