Friday, January 27, 2012

Fenomena Aurora

0 comments


Hamburan partikel bertenaga tinggi (Coronal Mass Ejection) dari gelombang ribut matahari selasa lalu telah menghasilkan pemandangan yang mengkagumkan di langit di sebahagian besar kawasan di hemisfera utara. Gelombang elektromagnetik yang menembusi atmosfera telah menghasilkan fenomena cahaya berwarna-warni yang dikenali sebagai Aurora Borealis atau Northern Lights. Sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" atau "aurora polaris".

John Mason, seorang ahli astronomi dari Britain berkata “ia merupakan satu pemandangan yang unik, indah dan mengkagumkan. Saya melihat aurora pertama kali 40 tahun yang lalu dan kali ini adalah yang paling cantik pernah saya saksikan” kata beliau di atas dek kapal MS Midnatsol di utara Norway.
Pemandu pelancong di Jukkasjarvi, Sweden, Andreas Hermansson menyatakan bahawa aurora kali ini merupakan yang terbesar pernah dilihatnya sejak enam tahun yang lalu. Beliau membawa rombongan pelancong menaiki bas untuk menikmati cahaya aurora yang berwarna kehijauan menari-nari di langit pada petang hari selasa selama lebih kurang satu jam.



Fenomena aurora yang terjadi kali ini juga dilaporkan boleh dilihat di negara-negara yang lebih jauh ke Selatan Eropah seperti Ireland dan Britain sebelum partikel-partikel dari ribut matahari sampai ke atmosfera bumi. Walaubagaimanapun menurut Doug Biesecker dari U.S National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), cahaya tersebut mungkin datangnya dari angin matahari yang membawa gelombang bertenaga elektrik dan bukan partikel-partikel yang tercetus dari gelombang matahari.

Aurora Borealis yang terhasil kali ini berpunca dari aktiviti matahari yang dikenali sebagai ribut matahari (solar flares) pada titik matahari (sunspot) 1402, pada hari Isnin 24/2/2012). Ledakan ini adalah yang paling kuat pernah direkodkan sejak tahun 2005 dan termasuk dalamkategori M-9. Kategori ini hampir mencecah tahap paling tinggi yang dikenali sebagai X-Extreme. Akibat dari letusan matahari ini, partikel-partikel bertenaga tinggi terbebas dan menghamburkan Jisim Korona (Coronal Mass Ejection) yang bergerak dengan halaju tinggi kira-kira 2.200 kilometer persaat. Ribut matahari sentiasa diawasi kerana ia mampu membawa kerosakan pada satelit dan sistem telekomunikasi.

Sumber : BBC.


Monday, January 16, 2012

Angah...

0 comments
Angah...
Saat ni aku kat Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Tunggu angah yang dimasukkan ke wad kerana darah tinggi...masuk hari ke 4 hari ni.

Tak turun-turun lagi bacaan darah angah...kenapa tah. Mesti dia risau tentang keje yang menanti kat sekolah...sedih sebab hari-hari kita orang datang tengok dia kat wad...

Aku asyik suruh dia tido je...

Teringat masa jaga mak kat hospital tahun 2003 dulu..betul ke tak tahun tu...lupa dah...setahun berulang-alik dari hospital...tido kat hospital dah mmg lah...pagi-pagi terus dari hospital ke sekolah...

Baik dapat GB (Ckgu Jasminah) yang perihatin tentang kebajikan staff...terima kasih cikgu. Dah hampir lapan tahun mak tak ada. yang ada cuma kenangan je...setiap kali berkumpul dengan adik, andak...tak puas-puas cerita pasal mak...abah

Saat ni tak boleh nak teruskan apa yang aku nak cerita...sedih sangat...semoga angah cepat sembuh macam sedia kala...insyaallah

Monday, January 2, 2012

Kerana enggan melacur...

0 comments

MANGSA DERA...keadaan Sahar ketika dia diselamatkan dari rumah keluarga mentuanya.


KABUL: Seorang remaja teruk didera, dibelasah dan dikurung dalam tandas oleh keluarga suaminya selama lima bulan kerana enggan menjadi pelacur.

Ketika diselamatkan dari sebuah rumah di wilayah Baghlan minggu lalu, Sahar Gul, 15, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.


Media semalam melaporkan, Sahar bernasib baik kerana jiran terdengar dia menangis dan mengerang kesakitan di rumah berkenaan.

Menurut polis, keluarga ipar Sahar mencabut kuku dan rambut mangsa, selain menguncinya dalam tandas gelap bilik bawah tanah selama lima bulan.


Sepanjang tempoh itu, kata polis, Sahar hanya diberikan sedikit makanan dan minuman.


Untuk menambah seksaan, Sahar juga dicucuh dengan puntung rokok serta mengepit dagingnya dengan playar.

Walaupun terlalu lemah, Sahar mampu menceritakan pengalamannya kepada media.

Pemeriksaan kesihatan menunjukkan, mangsa mengalami kecederaan fizikal dan mental, serta memerlukan beberapa minggu untuk pulih.


Pegawai kerajaan di Baghlan, Rahima Zafiri, berkata Sahar berasal dari wilayah Badakhshan dan baru kahwin tujuh bulan lalu.


“Dia dipaksa keluarga suaminya menjadi pelacur untuk mendapat wang,” katanya.


Walaupun dirawat di hospital di Kabul, Sahar mungkin terpaksa dipindahkan ke India untuk rawatan lanjut.


Menteri Kesihatan, Suraya Dalil, berkata Sahar adalah satu daripada kes paling serius berlaku terhadap wanita Afghanistan.


Sementara itu, polis Baghlan berkata, ibu mentua dan ipar Sahar berjaya ditahan, manakala suami dan bapa mentuanya sempat melarikan diri. - DM

Sumber : Harian Metro


Followers

Top News Today

Powered By Blogger

TInggalkan pesanan anda disini...