Friday, January 27, 2012

Fenomena Aurora



Hamburan partikel bertenaga tinggi (Coronal Mass Ejection) dari gelombang ribut matahari selasa lalu telah menghasilkan pemandangan yang mengkagumkan di langit di sebahagian besar kawasan di hemisfera utara. Gelombang elektromagnetik yang menembusi atmosfera telah menghasilkan fenomena cahaya berwarna-warni yang dikenali sebagai Aurora Borealis atau Northern Lights. Sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" atau "aurora polaris".

John Mason, seorang ahli astronomi dari Britain berkata “ia merupakan satu pemandangan yang unik, indah dan mengkagumkan. Saya melihat aurora pertama kali 40 tahun yang lalu dan kali ini adalah yang paling cantik pernah saya saksikan” kata beliau di atas dek kapal MS Midnatsol di utara Norway.
Pemandu pelancong di Jukkasjarvi, Sweden, Andreas Hermansson menyatakan bahawa aurora kali ini merupakan yang terbesar pernah dilihatnya sejak enam tahun yang lalu. Beliau membawa rombongan pelancong menaiki bas untuk menikmati cahaya aurora yang berwarna kehijauan menari-nari di langit pada petang hari selasa selama lebih kurang satu jam.



Fenomena aurora yang terjadi kali ini juga dilaporkan boleh dilihat di negara-negara yang lebih jauh ke Selatan Eropah seperti Ireland dan Britain sebelum partikel-partikel dari ribut matahari sampai ke atmosfera bumi. Walaubagaimanapun menurut Doug Biesecker dari U.S National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), cahaya tersebut mungkin datangnya dari angin matahari yang membawa gelombang bertenaga elektrik dan bukan partikel-partikel yang tercetus dari gelombang matahari.

Aurora Borealis yang terhasil kali ini berpunca dari aktiviti matahari yang dikenali sebagai ribut matahari (solar flares) pada titik matahari (sunspot) 1402, pada hari Isnin 24/2/2012). Ledakan ini adalah yang paling kuat pernah direkodkan sejak tahun 2005 dan termasuk dalamkategori M-9. Kategori ini hampir mencecah tahap paling tinggi yang dikenali sebagai X-Extreme. Akibat dari letusan matahari ini, partikel-partikel bertenaga tinggi terbebas dan menghamburkan Jisim Korona (Coronal Mass Ejection) yang bergerak dengan halaju tinggi kira-kira 2.200 kilometer persaat. Ribut matahari sentiasa diawasi kerana ia mampu membawa kerosakan pada satelit dan sistem telekomunikasi.

Sumber : BBC.


0 comments:

Post a Comment

Followers

Top News Today

Powered By Blogger

TInggalkan pesanan anda disini...